Home
Pendaftaran Tingkatan Enam Bawah 2012
Tarikh : 8 Mei 2012
Hari : Selasa
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Dewan Besar SMK Datuk Mansor
Pakaian - Uniform sekolah :
- Baju/tudung- Putih,
- seluar/kain/skirt - merah tua (maroon),
- kasut/stokin - hitam
*Sila dapatkan maklumat lengkap berkaitan pendaftaran daripada sekolah lama masing-masing (2011)
*Keputusan Tawaran Kemasukan ke Tingkatan Enam 2012 boleh di dapati di Laman Web http://www.moe.gov.my/ mulai 25 April 2012. Sila download dan cetak Tawaran Kemasukan ke Tingkatan Enam 2012 untuk dibawa bersama semasa pendaftaran.
*Sebarang pertanyaan, boleh hubungi PKT6 : Pn Noor Lela Yahaya (06-4541121)
Perjumpaan Tiga Penjuru
Perjumpaan tiga penjuru antara guru, penjaga dan pelajar-pelajar tingkatan 3, 5 dan 6 Atas telah di adakan pada 10 April 2012 di Dewan Besar SMK Datuk Mansor. Seramai lebih kurang 130 orang penjaga telah menunjukkan keprihatinan yang tinggi hadir pada hari berkenaan. Program ini dimulakan dengan ucapan pengacara majlis, ucapan YDP PIBG seterusnya ucapan Pengetua Kanan SMK Datuk Mansor. Ibu bapa dan penjaga berpeluang berbincang sendiri dengan setiap guru mata pelajaran yang mengajar anak mereka. Diharap perjumpaan tiga penjuru ini memberi kesan positif dalam usaha meningkatkan prestasi dan kecemerlangan pelajar.


























